Life is an art ;)

Thursday, 9 June 2011

Hilang Segalanya

Aku berjalan keluar tamanku yang menghijau. Taman yang luas mendamaikan pandangan. Terlihatku ke arah sekumpulan budak kecil yang seronok bermain-main, berkongsi suka dan duka, nangis dan tawa. Terimbau aku pada hari itu. Burung2 berterbangan dengan penuh riang, para askar negara sedang berbaris dan berkawad menuju istana, menghadap diRaja Asravd, Raja DeWeer II. Ahh, terasa seperti waktu aku kecil dahulu.Alangkah bagusnya jika masa yang kejam ini dapat diputar semula agar kembali ketika aku bebas keluar berseronok bersama teman seperjuangan ku, keluar pada waktu pagi, melakukan aktiviti yang kami suka, bermain perang lastik, tembak sahaja pada orang pasti perit rasanya, pernah juga kena sekali, kena tepat di dadaku, aku menjerit kesakitan, apabila kubuka baju untuk melihat keadaan dadaku yang bidang ini, ternyata dadaku sudah kemerahan. Kemudian aku mengalah dan terus pulang ke istana, tempat kulahir, membesar dan mendapat jagaan yang rapi. Tetapi ayahku, Raja DeWeer II tidak suka aku bergaul dengan rakan-rakanku yang hanya budak kampung yang dipandang hina oleh seseorang yang berkedudukan tinggi seperti ayahku. Apabila aku melangkah masuk ke dalam ruang depan istana yang tersergam indah, seorang dayang yang cantik memberitahu bahawaku dipanggil ayahandaku. Tanpa sebarang kata, aku terus menggagahkan diri pergi menghadapnya.
  "tapi kenapa ayah, jika tiada mereka itu, negara kita ini jatuh miskin. Mereka itulah penjana ekonomi negara. Dan mereka jugalah penyebab ayah memegang takhta." bantahku kebengangan. Aku menghadapnya, ayahku sendiri, Raja DeWeer II di pejabat keduanya yang terletak di sebelah sayap kanan Istana Confirtuyera. Pejabatnya yang besar serta warna ruang yang mewah, menjadi warna kegemaran turun-temurun daripada nenek moyangnya lagi, Raja Qasyirr, dan juga dilengkapi dengan pelbagai buku yang menjadi hobi waktu lapangnya untuk membaca dan memahami makna sastera-sastera sasterawan Greek, Ptolemy.
  "Kamu kena faham, kedudukan kita di mata dunia ini tinggi. Bagaimana jika pedagang luar yang singgah ke negara kita yang serba maju ini? Adakah kamu mahu memalukan ayah? Tolonglah bersikap lebih matang."terang ayahku, Raja DeWeer II yang disegani masayrakat negara Asravd.
  "Tapi ayah.."
  "Cukuplah dengan rungutan kamu. Jangan kamu berani melawan!",teriak ayah yang ternyata marah sekali padaku.
Keadaan dalam istana yang riuh dengan hamba-hamba serta orang gaji yang sedang melakukan tugas mereka, menjadi diam seribu bicara. Semua memanjangkan leher mereka untuk melihat apa yang menyebabkan raja murka. Aku terdiam, seperti terpanah dengan kata-kata ayah yang tajam, amat pedih dilubuk hati hatiku. Aku terus memusingkan tubuhku yang tinggi dan bidang ini ke belakang dan beredar dengan pantas menuju ke kamarku di tingkat atas sekali.
  "Tolong bersyukur atas apa yang kamu ada sekarang ini. Ayah lakukan ini demi kebaikan kamu."terang ayah dengan harapan bahawa kuakan mengerti situasi yang harus aku jadi iaitu seorang anak sulung Raja DeWeer II, Raffier DeWeer.Aku mendengar kata-kata nasihat itu namun tetap mengikut gerak hati untuk terus beredar dari situ.
Aku agak malu diperlakukan sebegitu. Semua orang yang menjadi 'suri istana', menjeling ke arahku. Mereka hanya menganggapku seperti remaja yang hanya berusia 10 tahun dan bukan memandangku dengan pandangan yang mulia kerana aku ini sebenarnya ialah anak raja negara


Kenangan pahit itu masih terasa dilubuk hatiku. Mahu dicungkil keluar rasa ini, namun pasti jua meninggalkan kesan. Tidak berguna dan buang masa sahaja. Aku berjalan-jalan dan ternampak seorang wanita yang kelihatan sama umur denganku. Dia memakai blaus putih dan wajahnya umpama bidadari dari syurga. Aku memandangnya dengan penuh pesona. Tiba-tiba, bunyi loceng kedengaran yang datang dari arah istana. Aku menoleh kebelakang dan menoleh semula kehadapan. Aku tidak mahu mengambil tahu hal istana. Hidup di istana membosankan pada pandanganku. Aku mencari semula wanita tadi. Namun dia sudah hilang dari pandangan. Hati aku kuat ingin mengetahui siapa dia. Siapakah mahkluk tuhan umpama bidadari itu ?

Monday, 6 June 2011

GILA WAYANG !! :D

Tanya je dkt bdk2 laki SMKS 18, semua cari aku psl cerita baru, 
HAHA
Cerita nk gempak je kan, biasa la :D
2nd JUNE 2011 @ Sunway Pyramid
The latest movie aku tgk Diary of Wimpy Kids 2, Rodrick Rules, yeahhh, cerita paling syok kot,
HAHAHA, lawak gila, I give them 4 star and a half :p
And aku pergi dgn Fadhil, Adan, Pip, Acap, Halim n Syafiq, 
Diorg kwn aku smpai mati kot :D
We watch movie, eat-ING, shopping and had a TUTTI FRUTTI TOGETHER !
Thats why I <3 them very much, BFF kan :)
aku tk sempat nk upload gambar
tapi aku janji
dlm sebulan akan ada la gambar nya tu
so, TUNGGGUUUU !